Blogger Layouts

Followers

Tuesday, 10 January 2012

Aku Rindu Kamu!!!


♥miss u so much♥


 Sayang..

Ku ingin jumpa dgn mu saat ini,
Ku amat merindukan mu ,
Ku rindu senyum manis mu,
Ku rindu lirik matamu,
Ku rindu lembut bibir mu,
Ku rindu lentik jarimu untuk ku cium,
Ku rindu hitam rambut mu utk ku belai

#NurSuliana Bt. Darmawan#
Aku rindu kat kaulahh giler!! Hee  =p

Monday, 9 January 2012

Biarlah aku menjadi MATAHARI mu..





Biarlah aku menjadi matahari untuk wanita yang aku dicintai..


Seorang wanita bertanya kepada seorang pemuda tentang cinta dan harapan.

Wanita itu berkata “ingin menjadi bunga terindah di dunia”..
Pemuda berkata “ingin menjadi matahari”..
Wanita tidak mengerti kenapa pemuda ingin menjadi matahari, bukan kupu-kupu atau kumbang yang terus menemani bunga..


Wanita berkata “ingin menjadi rembulan”..
 Tetapi pemuda tetap “ingin menjadi matahari”..
Wanita semakin bingung kerana matahari dan bulan takkan boleh bertemu, tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari.

  Wanita berkata “ingin menjadi burung yang mampu terbang ke langit jauh di atas matahari”..
Dan pemuda berkata “saya akan selalu menjadi matahari”..

Wanita tersenyum pahit dan kecewa. Wanita sudah 3 kali menduga namun pemuda tetap keras kepala, ingin menjadi matahari tanpa mahu ikut berubah bersama wanita. Maka wanita itu pun beredar pergi dengan rasa kecewa dan tak pernah lagi kembali tanpa pernah tahu alasan kenapa matahari juga menjadi pilihan pemuda. Sang pemuda merenung sendiri dan menatap matahari..

Saat wanita menjadi bunga, pemuda ingin menjadi matahari agar bunga dapat terus hidup. Matahari akan memberikan semua sinarannya kepada bunga agar ia tumbuh, berkembang dan terus hidup sebagai bunga yang cantik. Walau matahari tahu ia hanya dapat memandang dari jauh dan akhirnya rama-rama yang akan menari bersama bunga. Ini disebut kasih iaitu memberi tanpa syarat, tanpa mengharapkan imbuhan dan balasan..

Saat wanita menjadi bulan, pemuda tetap menjadi matahari agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi. Cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari, tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan siapakah yang ingat akan matahari? Matahari rela memberikan cahayanya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak berupaya menikmati cahaya bulan, dilupakan jasanya dan kehilangan kemuliaannya sebagai pemberi cahaya agar bulan mendapatkan kemuliaan tersebut..Ini dinamakan pengorbanan, menyakitkan namun sangat layak untuk cinta.

 Dan saat wanita jadi burung yang dapat terbang tinggi jauh ke langit, bahkan di atas matahari, pemuda tetap selalu jadi matahari agar burung tetap bebas untuk pergi pada bila-bila masa pun yang ia mahu dan matahari tidak akan mencegahnya. Matahari rela melepaskan burung untuk pergi jauh, namun matahari akan selalu menyimpan cinta yang membara di dalam hatinya hanya untuk burung..


Matahari selalu ada untuk burung bila-bila pun ia mahu kembali walau burung tidak selalu ada untuk matahari. Tidak akan ada makhluk lain selain burung yang berupaya masuk ke dalam matahari dan mendapatkan cintanya. Ini disebut sebagai kesetiaan, walaupun ditinggal pergi dan dikhianati namun tetap menanti dan tegar untuk memaafkan.

#Pemuda tidak pernah menyesal menjadi matahari untuk wanita yang dicintainya#


Wednesday, 7 December 2011

Tips Pasangan Ideal ..



Aku ni bukanlah pakar, tetapi pengalaman dan bacaan boleh lah berkongsi informasinya. Terpulang pada korang mahu menambah dan berkongsi pendapat..
Anda masih single?? Masih mencari?? Atau anda sudah lama berkahwin?? Merancang masa depan??
Sudah tentu anda tidak mahu tersalah pilih kan???
Bagi anda yang masih solo ataupun sudah punya kekasih, bagaimana nak tahu adakah calon atau bakal kekasih kita itu benar-benar pasangan ideal untuk kita.
So jom kita terjah sedikit tip di bawah ini :
Tulus hati dan jujur..                                                                          Kita boleh lihat dengan mengenalinya dengan lebih lama dan mendalam. Kita boleh lihat adakah dia berpura-pura dengan kita dengan cara melihat perhatian atau tingkahlakunya ketika bersama kita. Kadang-kadang dengan orang lain kemain lagi ego dan kasarnya. Tetapi dengan kita , pijak semut pun tidak mati. Awas. Satu hari nanti kita mungkin akan diberikan layanan yang sama, kerana si dia hanya berpura-pura dan sembunyikan perwatakan yang sebenarnya. Setuju???
Menghargai kita..
Manusia kan biasanya berlainan pendapat dan pandangan. Ini kerana faktor-faktor sekeliling kita atau cara kita dibesarkan adalah tidak sama. Bertuahlah anda jika mempunya pasangan yang mempunyai pandangan dan pendapat yang satu citarasa tu.
Tapi jika ditakdirkan kita dan dia berbeza pendapat, dia tetap menghargai dan menghormati pendapat kita itu. Tetap bertolak ansur dan menerimanya.

Kematangan dan tanggung jawab..
Tanda-tanda seseorang telah mencapai kematangan peribadi adalah apabila seseorang itu bersedia membincangkan masalah. Tidak menyembunyikan sesuatu, tidak mungkir janji dan tidak membelakangkan kita. Apabila kita mempunyai kekasih yang suka berterus-terang , alangkah BESTNYA.. Jika tidak matang dan tiada tanggungjawab, alamatnya kita dapat rasa kita akan kurang selesa. RIGTH??

Yakin kepada dengan dirinya sendiri..
Ada kekasih yang rasa tertekan jika kita ini terlebih sedikit daripadanya. Apabila kita ni terlebih sedikit dia mula rasa terancam. Lebih-lebih lagi jika sedia itu lelaki. Mulalah dia akan rasa cepat tersinggung dan lebih tak best lagi anggap kita ni ancaman pula! Kalau begini, susah juga kita nak berbincang dan membuat banyak perkata bersamanya. Dengan kata lain pastikan kekasih kita, boleh bertolak ansur dan sentiasa percaya akan kebolehannya. Jangan berfikir yng bukan-bukan tentang diri kita yang dianggap cuba menjatuhkan kebolehannya.

Terbuka secara emosional..
Sanggup berkongi senang dan susah. Kita akan dapat rasa bukan saja ketika kita senang dengan dia, malah ketika kita dilanda masalah pun, dia sanggup bersama kita. Emosinya juga turut tenang dan cuba menyelesaikan masalah kita dan sudah tentu kita rasa selesa sentiasa.

Mengagumi kita..
Kitalah segalanya baginya. Kitalah the best untuknya. Kita boleh nampak dari tingkahlaku dan kata-kata yang dikeluarkannya. Walaupun sudah bertahun kita menjalinkan hubungan, dia tetap rasa kita ini idolanya. Wah! Sangat best =p

Itulah antara ciri-ciri kita nak tahu jika couple kita itu ideal untuk kita atau tidak.
Tapikan, kalau anda sendiri tiada ciri-ciri di atas, maknanya andalah pasangan ‘Tidak Ideal’ untuk si dia.
hehehe.

p/s : Sekarang sudah faham kan? Tidak faham.. kasi belajar dan pergi tuntut ilmu cinta lagi ea. Hahaha

Monday, 5 December 2011

Pepatah karut lagi mengarut ..




Pepatah yang mengarut ..



--> Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah ..
--> Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan..
-->Tiada rotan, pelempang berguna juga ..
--> Biar lambat asalkan tak cepat ..
--> Biar putih tulang, jangan kuning gigi ..
--> Di mana ada gula di situ adalah gula-gula ..
--> Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar ..
--> Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock ..
--> Secupak takkan jadi 18 cupak ..
--> Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia ..
--> Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut ..
--> Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap ..
--> Alang-alang mandi biar guna sabun ..
--> Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras ..
--> Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun ..
--> Hidup segan, mati di tanam ..
--> Ikut hati mati, ikut rasa merasa ..
--> Lembu punya susu cap teko dapat nama ..
--> Sehari selambar benang lama-lama benang habis ..
--> Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut (beli la pukat tunda lagi baik) ..
--> Hendak seribu daya, tak hendak tak apa ..
--> Membujur lalu melintang pukang ..
--> Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan ..
--> Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut ..
--> Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
--> Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh belah ..

Sunday, 4 December 2011

Yang Teristimewa buat kekasih



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua !

Aku tak cakap yang aku nie Profesional dalam cinta nie , Cukup sekadar Gembira dalam hubungan aku sekarang ini . Tapi aku nak Kongsikan macam mana nak bagi hubungan cinta kita itu jadi lebih Indah walaupun dah lama bersama. Jangan ingat dah lama korang couple, rasa gembira itu akan berkurang. Itu tidak betul ok ! Korang sahaja yang boleh buat hubungan itu jadi lebih Romentik n Sweet gitu lorh !! hhehe
emoticon So apa kata kamu semua cuba Tips – Tips yang Disediakan ini ,
mana tah
u boleh buat pasangan kamu semua Happy dan tersenyum Lebar =)
emoticon SURAT COMEL BUAT SI DIA
emoticon Selalu sediakan kertas dan pen bila kemana sahaja, gunakannya untuk menulis pesanan-pesanan mesra ketika korang berada di mana-mana contohnya di ketika menunggu giliran di bank atau terus sahaja kirimkan sms.

emoticon KEJUTAN ISTIMEWA BUAT SIDIA
emoticon Membuat kejutan untuk si dia dan satu-satu tetamu yang datang adalah korang sendiri!

emoticon GAMBAR-GAMBAR KENANGAN BERSAMA
emoticon Membuat album foto bersama yang mengandungi gambar-gambar lama dan baru kamu dan dia. Kemesraan pasti akan kembali membara.

emoticon MENONTON WAYANG “ CERITA CINTA ”
emoticon Menonton filem romantis bersama. Kamu dan dia mungkin akan terfikir alangkah romantisnya andai kamu dan dia jadi seperti hero dan heroin dalam filem tersebut.

emoticon BUAT DIRINYA ADALAH SEGALA BUAT KITA
emoticon Sentiasa menganggap si dia paling istimewa dan utamakan dia dalam segala hal.

emoticon HADIAH PENGINGATAN BUAT SIDIA
emoticonSesekali tidak salah korang membuat kejutan membelikan dia sebarang hadiah walaupun bukan pada hari lahirnya. Sekurang-kurangnya si dia tahu korang sentiasa mengingatinya walau di mana korang berada.

emoticon JALAN-JALAN MAKAN ANGIN BERDUA
emoticon Bawa si dia ke tempat yang paling disukainya. Korang pasti akan gembira melihat si dia sentiasa tersenyum.

emoticon SEBUTAN “ I LOVE YOU ”
emoticon Bisikan kata cinta ke telinga waktu si dia sedang mengelamun. Pasti si dia akan rasa terkejut dan akan mengingatinya sampai bila-bila.

Itu sahaja yang aku nak kongsikan.:face64: Percayalah hubungan korang akan kekal bahagia jika kita pandai mencorakkannya menjadi warna Pelangi. :86: Tahukan warna pelangi warna macam mana? Penahkan korang tengok Pelangi? First word yang korang akan cakap “ Tengok Pelangi tu !! Cantik kan ?? ” .
Macam tu lah orang akan pandang hubungan korang kalau korang pandai mencoraknya ..
p/s - #ElakkanPergaduhanDapatkanKedamaian !

Saturday, 3 December 2011

About Saya

Assalamualakum,


Nama aq Muhamad Azwan B. Nasaharudin, boley panggil wan atau e_one ..
Aq lahir pada 3 mac 1992 kat Hospital Besar Kuala Lumpur ..
Sekolah rendah aq sekolah kat Sekolah Kebangsaan Sungai Tua Bharu(1999-2oo3) ..
Sekolah menengah pula kat Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang(2oo4-2oo9) ..
sekarang um0 aq 19 ta0n dan belajar di Giatmara segambut(2o11) ..
i'm happy with my life now with my hunny (Nur Suliana Bt. Darmawan) ..