Aku ni bukanlah pakar, tetapi pengalaman dan bacaan boleh lah berkongsi informasinya. Terpulang pada korang mahu menambah dan berkongsi pendapat..
Anda masih single?? Masih mencari?? Atau anda sudah lama berkahwin?? Merancang masa depan??
Sudah tentu anda tidak mahu tersalah pilih kan???
Sudah tentu anda tidak mahu tersalah pilih kan???
Bagi anda yang masih solo ataupun sudah punya kekasih, bagaimana nak tahu adakah calon atau bakal kekasih kita itu benar-benar pasangan ideal untuk kita.
So jom kita terjah sedikit tip di bawah ini :
So jom kita terjah sedikit tip di bawah ini :
Tulus hati dan jujur.. Kita boleh lihat dengan mengenalinya dengan lebih lama dan mendalam. Kita boleh lihat adakah dia berpura-pura dengan kita dengan cara melihat perhatian atau tingkahlakunya ketika bersama kita. Kadang-kadang dengan orang lain kemain lagi ego dan kasarnya. Tetapi dengan kita , pijak semut pun tidak mati. Awas. Satu hari nanti kita mungkin akan diberikan layanan yang sama, kerana si dia hanya berpura-pura dan sembunyikan perwatakan yang sebenarnya. Setuju???
Menghargai kita..
Manusia kan biasanya berlainan pendapat dan pandangan. Ini kerana faktor-faktor sekeliling kita atau cara kita dibesarkan adalah tidak sama. Bertuahlah anda jika mempunya pasangan yang mempunyai pandangan dan pendapat yang satu citarasa tu.
Tapi jika ditakdirkan kita dan dia berbeza pendapat, dia tetap menghargai dan menghormati pendapat kita itu. Tetap bertolak ansur dan menerimanya.
Tapi jika ditakdirkan kita dan dia berbeza pendapat, dia tetap menghargai dan menghormati pendapat kita itu. Tetap bertolak ansur dan menerimanya.
Kematangan dan tanggung jawab..
Tanda-tanda seseorang telah mencapai kematangan peribadi adalah apabila seseorang itu bersedia membincangkan masalah. Tidak menyembunyikan sesuatu, tidak mungkir janji dan tidak membelakangkan kita. Apabila kita mempunyai kekasih yang suka berterus-terang , alangkah BESTNYA.. Jika tidak matang dan tiada tanggungjawab, alamatnya kita dapat rasa kita akan kurang selesa. RIGTH??
Yakin kepada dengan dirinya sendiri..
Ada kekasih yang rasa tertekan jika kita ini terlebih sedikit daripadanya. Apabila kita ni terlebih sedikit dia mula rasa terancam. Lebih-lebih lagi jika sedia itu lelaki. Mulalah dia akan rasa cepat tersinggung dan lebih tak best lagi anggap kita ni ancaman pula! Kalau begini, susah juga kita nak berbincang dan membuat banyak perkata bersamanya. Dengan kata lain pastikan kekasih kita, boleh bertolak ansur dan sentiasa percaya akan kebolehannya. Jangan berfikir yng bukan-bukan tentang diri kita yang dianggap cuba menjatuhkan kebolehannya.
Terbuka secara emosional..
Sanggup berkongi senang dan susah. Kita akan dapat rasa bukan saja ketika kita senang dengan dia, malah ketika kita dilanda masalah pun, dia sanggup bersama kita. Emosinya juga turut tenang dan cuba menyelesaikan masalah kita dan sudah tentu kita rasa selesa sentiasa.
Mengagumi kita..
Kitalah segalanya baginya. Kitalah the best untuknya. Kita boleh nampak dari tingkahlaku dan kata-kata yang dikeluarkannya. Walaupun sudah bertahun kita menjalinkan hubungan, dia tetap rasa kita ini idolanya. Wah! Sangat best =p
Itulah antara ciri-ciri kita nak tahu jika couple kita itu ideal untuk kita atau tidak.
Tapikan, kalau anda sendiri tiada ciri-ciri di atas, maknanya andalah pasangan ‘Tidak Ideal’ untuk si dia.
hehehe.
Tapikan, kalau anda sendiri tiada ciri-ciri di atas, maknanya andalah pasangan ‘Tidak Ideal’ untuk si dia.
hehehe.







No comments:
Post a Comment