Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua !
Aku tak cakap yang aku nie Profesional dalam cinta nie , Cukup sekadar Gembira dalam hubungan aku sekarang ini . Tapi aku nak Kongsikan macam mana nak bagi hubungan cinta kita itu jadi lebih Indah walaupun dah lama bersama. Jangan ingat dah lama korang couple, rasa gembira itu akan berkurang. Itu tidak betul ok ! Korang sahaja yang boleh buat hubungan itu jadi lebih Romentik n Sweet gitu lorh !! hhehe
So apa kata kamu semua cuba Tips – Tips yang Disediakan ini ,mana tahu boleh buat pasangan kamu semua Happy dan tersenyum Lebar =)
SURAT COMEL BUAT SI DIA
Selalu sediakan kertas dan pen bila kemana sahaja, gunakannya untuk menulis pesanan-pesanan mesra ketika korang berada di mana-mana contohnya di ketika menunggu giliran di bank atau terus sahaja kirimkan sms.
KEJUTAN ISTIMEWA BUAT SIDIA
Membuat kejutan untuk si dia dan satu-satu tetamu yang datang adalah korang sendiri!
GAMBAR-GAMBAR KENANGAN BERSAMA
Membuat album foto bersama yang mengandungi gambar-gambar lama dan baru kamu dan dia. Kemesraan pasti akan kembali membara.
MENONTON WAYANG “ CERITA CINTA ”
Menonton filem romantis bersama. Kamu dan dia mungkin akan terfikir alangkah romantisnya andai kamu dan dia jadi seperti hero dan heroin dalam filem tersebut.
BUAT DIRINYA ADALAH SEGALA BUAT KITA
Sentiasa menganggap si dia paling istimewa dan utamakan dia dalam segala hal.
HADIAH PENGINGATAN BUAT SIDIA
Sesekali tidak salah korang membuat kejutan membelikan dia sebarang hadiah walaupun bukan pada hari lahirnya. Sekurang-kurangnya si dia tahu korang sentiasa mengingatinya walau di mana korang berada.
JALAN-JALAN MAKAN ANGIN BERDUA
Bawa si dia ke tempat yang paling disukainya. Korang pasti akan gembira melihat si dia sentiasa tersenyum.
SEBUTAN “ I LOVE YOU ”
Bisikan kata cinta ke telinga waktu si dia sedang mengelamun. Pasti si dia akan rasa terkejut dan akan mengingatinya sampai bila-bila.
Itu sahaja yang aku nak kongsikan.
Percayalah hubungan korang akan kekal bahagia jika kita pandai mencorakkannya menjadi warna Pelangi.
Tahukan warna pelangi warna macam mana? Penahkan korang tengok Pelangi? First word yang korang akan cakap “ Tengok Pelangi tu !! Cantik kan ?? ” .
Macam tu lah orang akan pandang hubungan korang kalau korang pandai mencoraknya ..
Percayalah hubungan korang akan kekal bahagia jika kita pandai mencorakkannya menjadi warna Pelangi.
Tahukan warna pelangi warna macam mana? Penahkan korang tengok Pelangi? First word yang korang akan cakap “ Tengok Pelangi tu !! Cantik kan ?? ” .Macam tu lah orang akan pandang hubungan korang kalau korang pandai mencoraknya ..
p/s - #ElakkanPergaduhanDapatkanKedamaian !









No comments:
Post a Comment